Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa semua
pihak agar tidak membuat kesimpulan awal mengenai pelantikan Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata jawatan Speaker hanya boleh diumumkan pada persidangan
DUN selepas nama berkenaan dikemukakan kepada anggota Dewan.
"Ini bukan sesuatu yang saya boleh umumkan sendiri. Bagi pihak saya,
saya telah pun memilih calon-calon untuk pegawai khas dan penasihat bagi
masyarakat India dan ia sedang diproses oleh Setiausaha Kerajaan
Negeri," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dilaporkan berkata bahawa parti
itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri di Perak
jika mereka tidak diberikan jawatan Speaker DUN.
Palanivel mendakwa bahawa beliau dimaklumkan jawatan berkenaan diperuntukkan kepada Umno.
KLIK BAH PLZ
Tuesday, 11 June 2013
MENGGEMPARKAN..PANGGILAN UNTUK BOM
GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) -- Prosiding kes di Bangunan Mahkamah
Pulau Pinang di Lebuh Light di sini terganggu selama sejam dari pukul 10
pagi Selasa berikutan panggilan bom palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata sejurus menerima aduan panggilan bom itu, sebanyak 25 anggota Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang (IPK) bergegas ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.
Beliau berkata seramai 200 petugas mahkamah dan orang awam diarah mengosongkan bangunan mahkamah itu.
"Setelah membuat pemeriksaan dari setiap aras kompleks mahkamah selama sejam kita dapati panggilan itu adalah palsu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata panggilan palsu yang diterima di IPK itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki Arab berdasarkan cara pertuturannya.
-- BERNAMA

SIAPA DALANG YG MAHU MEMBANGKITKAN ALTANTUYA INI?
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai
polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh
Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa
implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan
lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia
itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan)
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53261

Subscribe to:
Posts (Atom)