KLIK BAH PLZ

Monday 10 June 2013

PADANG MERBOK DI TOLAK OLEH DBKL..ADA SOLUSINYA..BACALAH

DBKL Tolak Permohonan PKR Adakan Perhimpunan Di Padang Merbok - Datuk Bandar



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Isnin menolak permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata alasan konkrit penolakan permohonan itu adalah Padang Merbok terletak begitu dekat pusat bandar dan terdedah kepada masalah kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat jalan-jalan utama untuk pengguna keluar masuk ke pusat bandar raya.

"Jalan-jalan itu adalah seperti Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Parlimen sendiri adalah jalan protokol dan popular untuk aktiviti berbasikal dan program riadah lain.

"DBKL menitikberatkan soal pengawasan dan pengawalan lalu lintas yang sempurna dan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok pastinya menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya Isnin dan menambah, surat penolakan itu akan dikeluarkan secepat mungkin.

Katanya satu lagi sebab penolakan itu ialah DBKL perlu memastikan kesempurnaan landskap di Padang Merbok dan sekitarnya terus kekal di tahap tertinggi.

Selain itu, Ahmad Phesal menegaskan DBKL telah menerima tempahan awal daripada Majlis Olimpik Malaysia pada 18 Dis lepas untuk mengadakan Larian Olimpik 2013 pada 23 Jun dan penganjur perlu membuat kerja-kerja logistik dan persediaan awal sehari sebelum majlis itu.

Beliau berkata pihaknya mencadangkan agar penganjur mengadakan perhimpunan pada 22 Jun ini di tempat tertutup seperti di Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa.

"Kita akan panggil mereka pada 14 Jun ini untuk berbincang dan bersemuka. Kita akan berikan pandangan dan alasan, yang mana mesyuarat itu juga turut dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia.

"Kita akan cuba bantu mereka mendapat tempat yang sesuai," katanya.



-- BERNAMA

PEMBUNUH ALTANTUYA AKAN DIBEBAS?

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.

Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes ditangguh kepada 24 Jun.

ds NAJIB SEPATUTNYA BERUNDUR!!! BACALAH KENYATAANNYA

Najib Yakin BN Raih 140 Hingga 155 Kerusi Parlimen Pada PRU-13
KUALA LUMPUR: Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.
"Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini, Jumaat.
Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.
BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen.

PRU 13:PAS SIASAT SECARA TERPERINCI

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) umpama Siasatan Di Raja (RCI).

Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi.

"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.

"Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.

Menurut beliau lagi, PAS mempunyai masa selama tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan postmortem sebelum perbentangan.

"Bagi memastikan siasatan berjalan lancar mungkin kita akan menubuhkan jawatankuasa kecil agar tumpuan akan boleh dilakukan secara khusus," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sempat ditemui memberitahu keputusan postmortem akan diketahui pada bulan Oktober nanti

Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.

Followers

K KLIK OK