KLIK BAH PLZ

Tuesday 22 December 2009

presiden pas tidak berminat jadikan pakatan secara rasmi

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.

“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa mengulas panjang kenyataan Abdul Hadi itu, Anwar berkata, beberpa dokumen diperlukan untuk proses pendaftaran secara rasmi seperti yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, anugerah itu bukan miliknya semata-mata sebaliknya untuk merka dan bersamanya berkongsi idea serta visi.

Kelmarin, pakatan pembangkang meluluskan empat dasar utama pada pada konvensyen pertama mereka di sini.

Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.

Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.

umno disaran keluar bn dipulau pinang:gerakan

UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini.

By Anak Sungai Derhaka

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.

“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

“Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.

Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.

“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.

“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.

“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.

Monday 21 December 2009

Daftar Pakatan: Hadi mungkin salah faham, kata Anwar

SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.

Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Sunday 20 December 2009

TOLAK SEKS LELAKI HANYA KARENA KASUT

Madonna Jauhi Seks Kerana Kasut?

Bagi Madonna, membeli sepasang kasut lebih memuaskan hatinya berbanding melakukan seks dengan lelaki- foto AFP

MADONNA lebih gemar membeli kasut daripada melakukan hubungan seks. Itulah yang didedahkan oleh pereka kasut terkenal, Jimmy Choo.

Menurutnya, penyanyi itu sendiri mengaku kepadanya bahawa dia amat menggemari rekaan Choo berbanding mengadakan seks dengan lelaki.

"Madonna memberitahu saya, beli sepasang kasut lebih memuaskan hatinya berbanding melakukan seks dengan seorang lelaki. Sekurang-kurangnya, ia (kasut) mampu tahan lama," kata Choo di dalam sebuah laman web.

Followers

K KLIK OK