KLIK BAH PLZ

Friday 6 February 2009

perak terkini:kita harus bertahan~ref malaysiakini

Enam sebab mengapa kita perlu bertahan.

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5.Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan

http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=219

Pakatan Rakyat wajib teruskan tunjuk perasaan kebangkitan rakyat~malaysiakini

Sejarah pernah membuktikan bahawa apabila satu ketika pejuang di Malaya menentang perlantikan Gabenor Malayan Union dengan memulaukan terus Malayan Union punya adat istiadat. Masih ingat bahawa ketika itu Umno(yang ketika itu hero no-1 rakyat Malaya) berjuang keras tentang Malayan Union buat tunjuk perasaan.

Jangan lupa bahawa perjuangan Umno berjaya mematahkan Malayan Union adalah disebabkan tunjuk perasaan. Jadi saya pohon kepada Pakatan Rakyat supaya bertindak dengan tegas menentang pembentukan kerajaan baru Perak yang secara paksaan ini. Percayalah hanya dengan kebangkitan rakyat bakal membuatkan BN dan Sultan Perak akur kehendak rakyat.

Teruskan supaya menuntut agar Sultan Perak membenarkan pilihanraya negeri Perak diadakan supaya membolehkan rakyat berkuasa mutlak memilih.

Sultan adalah manusia biasa dan baginda bukannya Tuhan mutlak di mana semua cakap baginda hendak didengar. Baginda pun manusia jadi mesti ada buat silap. Sepatutnya Pakatan Rakyat pimpinan saudara Anwar Ibrahim wajib membetulkan baginda supaya memilih jalan yang betul dalam merestui kerajaan yang dipilih secara adil dan saksama.

Dulu Umno malahan Najib sendiri pernah kata bahawa lompat parti ni tidak bermoral, sekarang siapa yang lebih tidak bermoral?

Saya pohon bagi rakyat Perak agar Pakatan Rakyat tidak ikhtiraf langsung kerajaan negeri baru Perak ini. Gulingkan dan gunakan kuasa rakyat untuk jatuhkan BN Perak.

Oleh Ahmad Izham

HARUSSANI ULAMAK PENJILAT~Ref Malaysiakini

kehadiran harussani ke majlis angkat sumpah perlantikan menteri besar perak yang haram itu membuktikan bahwa harussani adalah ulamak penjilat penguasa..ulamak yang busuk..

maka wajar pas itu menolak umno selama lamanya.. terbukti bahwa umno tak pernah punya penghormatan sedikitpun terhadap pas.. bagi mereka yang ada hati mahu membawa pas ke dalam dakapan umno pergilah anda keneraka..aku benci kamu

3 bekas Adun Pakatan perlu letak jawatan ~Ref Malaysiakini

KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.







Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008.

Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.

"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan pandangan itu pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Baru-baru ini, ketiga-ketiga Adun dari KeADILan dan DAP itu menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi. Mereka hanya muncul apabila Speaker Dun Perak mengumumkan kerusi mereka kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut.

"Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti.

"Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

Menurutnya tindakan tersebut dirancang begitu rapi Umno yang disifatkan sebagai ala mafia

Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit.

Terdahulu, pada kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini, beliau berkata amalan demokrasi atau nasionalis yang diamalkan Umno sekarang semakin sesat.

"Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

"Samalah dengan kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya. - mj _

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih ~ref bMalaysiakini/b

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Fri | Feb 06, 09 | 4:17:21 pm MYT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.







Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _

PERAK TERKINI:JALAN LAIN MENUJU ISTANA TEBARKAM~Ref Malaysiakini

Orang ramai dah kena sembor gas tapi tidak berundur. FRU buat pagar keliling istana. Kalau nak naik ikut kg. Bakri Jalan Manong. Tinggal kenderaan kat Chandan Puteri kemudian lalu ikut kawasan perumahan menuju istana.Hebahkan untuk tambah orang kat Bukit Chandan. Selepas solat Jumaat tadi, semasa jemaah sedang keluar daripada masjid Ubudiyah, dalam masa yang sama juga, kenderaan Sultan Perak sedang bergerak menuju istana. Oleh kerana jemaah sedang keluar , adalah sukar untuk menyuruh jemaah untuk mengosongkan jalan untuk memberi laluan kepada Sultan dalam masa yang singkat. Ini memberikan persepsi bahawa jemaah engkar dengan arahan polis untuk bersurai dan tanpa amaran, gas pemedih mata dilepaskan kearah jemaah untuk memaksa jemaah kembali kedalam masjid. Siapa memulakanya? Menurut rakan-rakan yang masih berada dimasjid Ubudiyah, ramai yang pengsan

8 ditahan:masjid diserang fru - malaysiakini

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.45 petang: Pihak polis menangkap lapan orang di kawasan Masjid Ubudiyyah sebentar tadi selepas melepaskan beberapa gas pemedih mata. - mks.

Pakatan Rakyat boleh bentuk kerajaan - Mahathir -malaysiakini

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh membentuk kerajaan di negeri Perak biarpun hanya minoriti.






"Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan," tegas Mahathir.

Bekas ahli Umno itu dalam blognya hari ini berkata sandiwara di Perak masih menggelikan hati.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?" soal beliau.

Mahathir seterusnya berkata, jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

Situasi ini kata beliau memungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

PERAK TERKINI:FRU GANAS TEMBAK PEMEDIH MATA~Malaysiakini

Mereka melanggar sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

NAJI MEMBERI AMARAN BANYAK LAGI NEGERI AKAN DIRAMPA?- Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik

Hinanya Najib merampas Perak! - ref malaysiakini

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - "Rampasan kuasa", itulah yang disifatkan Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas ketika membuat ulasan mengenai perkembangan di Perak.






Kamarul melihat kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada hari ini digulingkan dengan cara yang paling hina.

"Dua Adun Bebas (Jamaludin dan Osman) yang tidak mengaku meletakkan jawatan sebelum ini telah bertindak keluar dari parti dan mengisytiharkan mereka sebagai Adun Bebas.

"Begitu juga dengan Adun Jelapang dari DAP yang isytihar keluar parti dan kini bebas.

Namun persoalannya, kata Kamarul, jika mereka mengatakan mereka Adun Bebas (tidak menyertai mana-mana parti), bagaimana pula mereka dengan bangganya berhimpun sekali dengan Adun-adun BN semasa sidang media oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Sementara Najib pula mengambil kira kerusi Adun mereka sebagai BN mempunyai jumlah majoriti dan Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang keluar Umno untuk menyertai KeADILan telah kembali kepada Umno atas alasan untuk bersama sebuah kerajaan yang kukuh," katanya.

Kamarul melihat, mungkinkah kemasukan Nasarudin dahulu ke dalam KeADILan untuk mengkucar-kacirkan parti itu bagi membolehkan dua Adun KeADILan yang bermasalah melompat keluar parti.

Baginya, amat hinalah maruah dirinya sekiranya Adun Bota memang merancangkan ini semua.

"Kemelut ini semua bermula setelah Najib mengambilalih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Rosli. Tindakan Najib seperti yang kita ketahui begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran," katanya.

Kamarul melihat, Najib merasa boleh membuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah.

"Ini kerana pada bulan hadapan (Mac), tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada di dalam genggamannya (bukan genggaman Rosmah ke?)," katanya sinis.

Sungguh sedih dengan apa yang berlaku di Perak dan akan bertambah sedih dan malang sekali kepada negara Malaysia apabila Najib diserahkan jawatan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan Mac ini.

"Mahukah orang sebegini dengan perlakuan sekeji ini yang memerintah negara? Amal maaruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditentang dan dikacau bilaukan oleh pihak yang membawa pendirian menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan," katanya.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak semalam.

Begitupun Nizar enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan, beliau amsih sah selaku MB yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini. - wann/m

Followers

K KLIK OK