KLIK BAH PLZ

Friday 7 June 2013

DEMO BLACKOUT 1506 DITERUSKAN...


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.

Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.

“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.

“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.

“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.

Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.

ALTANTUYA DAN MONGGOLIA.... BACALAH!!!

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaBercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua
anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"

Red Bean Army' idea dari White House?

RED Bean Army kononnya ialah kumpulan tentera siber pembangkang yang bergerak aktif untuk menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.

Kali pertama nama itu diperkenalkan adalah oleh sebuah akhbar primitif yang terkenal dengan rasis Melayu. RBA dikatakan mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota, didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

DAP didakwa membiayai RBA dengan peruntukan RM15 juta setahun, bermakna telah menyediakan dana sebanyak RM108 juta untuk enam tahun. Dakwaan tersebut membuatkan Penasihat DAP, Lit Kit Siang ketawa besar.

Kaya sungguh DAP sebagai sebuah parti politik tanpa syarikat perniagaan seperti MCA, boleh membiayai pihak tertentu dengan jumlah wang yang sangat besar (bagi sebuah parti pembangkang).

Akhbar primitif itu bukan setakat mengaitkan RBA dengan DAP tetapi lebih jahat mengaitkannya dengan jenayah dan keganasan. Satu laporan di akhbar tersebut mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar rasis Melayu itu dalam tulisan berkenaan.

Seperti biasa, bagi meyakinkan rakyat Malaysia akan kewujudan RBA maka pihak polis didesak bertindak. Maka muncullah  Timbalan Ketua Polis Negara Polis Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran. Itu imej polis Malaysia.

Kes seorang aktivis Umno mengancam di alam siber mahu membunuh Tok Guru Nik Aziz beberapa tahun lalu belum habis disiasat (sebab hingga kini belum ada dakwaan) sekarang nak bertindak pula pada RBA.

Persoalannya, adakah sebenarnya RBA ini wujud dalam bentuk terancang seperti didakwa? Jawapannya, karut! Jika semua dakwaan yang dibuat oleh akhbar rasis Melayu itu benar, maka pihak yang paling awal dapat mengesan dan akan bertindak ialah PDRM.

Mengesan penjenayah di alam siber lebih mudah dari mengesan ahli kongsi gelap kerana semua alamat di talian dapat dikesan dengan mudah. Kerajaan ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau dan mengesan. Apabila PDRM tidak mengheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pihak pembangkang, bermakna tiada kes untuk disabitkan.

Pihak rasis Melayu mendakwa bukti kewujudan RBA dalam bentuk kumpulan terancang ialah apabila 'ahli-ahli' kumpulan tersebut meletakkan simbol kacang merah sebagai foto profil. Jika itu buktinya, maka banyak benar kumpulan terancang di alam siber yang wujud.

Foto icon seperti Bersih, Adam Adli, Ini Kalilah, Hijau Lynas, Blackout 505 bertukar ganti menjadi foto profil pemegang akuan laman sosial. Mereka tidak pernah mendaftar sebagai ahli kumpulan tersebut, tetapi ia merupakan trend semasa penghuni alam siber mempamerkan sokongan terhadap mana-mana tuntutan.

Pengwujudan isu RBA oleh akhbar rasis Melayu ini mengingatkan kita kepada pepatah Arab yang selalu diungkapkan oleh AlMarhum Ustaz Fadzil Noor, "Dia memukul aku, dia pula yang menangis." Di alam siber serta di media cetak dan televisyen, pihak yang teruk dibelasah dan difitnah saban waktu ialah pembangkang atau Pakatan Rakyat. Tiba-tiba BN pula yang mengadu diserang menggunakan tentera siber.

Saya pernah didatangi oleh seorang aktivis maya BN, mengaku sudah insaf dan mendedahkan semua gerak kerja mereka sebagai pahlawan siber. Mereka memang dilatih, dibekalkan peralatan uktuk akses alam siber dan diberikan elaun tetap bulanan. Mereka bekerja sepenuh masa untuk BN. Fitnah, adu domba dan provokasi merupakan makanan harian kumpulan tersebut. Sehingga kini semua laman maya tersebut masih terus aktif dan bekerja sepenuh masa untuk BN. Di samping fitnah dan penghinaan melampau terhadap pemimpin Pakatan sebagai sajian utama dalam laman maya mereka, bahan-bahan rasis dan provokasi keagamaan juga disebar tanpa rasa bersalah.

Terdapat lagi pahlawan maya BN yang bukan petugas sepenuh masa tetapi berperanan sepanjang masa untuk menyerang Pakatan dan menaikkan BN. Bukan rahsia lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah dua kali bertemu dan menyampaikan amanat kepada kumpulan yang terdiri dari anak-anak muda ini. Mereka hanya dibekalkan dengan komputer i-Pad tanpa elaun bulanan. Dikatakan terdapat 10 ribu ahli kumpulan ini di seluruh negara, sebahagian besarnya berperanan dalam PRU13 lalu.

Jadi, apabila pihak Umno menonjolkan isu kewujudan RBA sebagai ancaman dalam negara, maka tidak lebih dari pepatah, "Pencuri jeritkan pencuri."

Apabila terdapat gerakan besar-besaran oleh media pro BN untuk menonjolkan RBA, mengaitkannya dengan DAP serta menggesa pihak polis bertindak maka ia mengingatkan kita kepada strategi yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq.

Alasan yang digunakan oleh tiga Presiden Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq iaitu George Bush, Bill Clinton dan George W. Bush ialah terhadap senjata pemusnah berskala besar yang merbahaya di Iraq. Dengan menggunakan alasan tersebut mereka mendapat mandat dari kuasa-kuasa besar untuk menyerang Iraq.

Sehingga Saddam Husein berjaya ditangkap, Iraq hancur berkecai namun senjata pemusnah tidak juga dijumpai. Maka kewujudan isu RBA oleh kumpulan rasis Melayu itu tidak lebih dari idea yang diciplak dari White House. Amerika menggunakan modal senjata pemusnah untuk hancurkan Iraq, manakala kumpulan rasis Melayu menggunakan RBA untuk cuba memusnahkan DAP.

*Penulis adalah bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

PARTI ADIK BERADIK?

Timbalan Menteri yang baru mengangkat sumpah, P Waythamorthy berkata abangnya Uthayakumar sepatutnya telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan menghasut.

Oleh itu, beliau menggesa Uthayakumar supaya merayu terhadap hukuman penjara 30 bulan ketika ruang masih ada untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai "peluang yang baik".

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy"Terkejut dan sedih" dengan penghakiman tersebut, Waythamoorthy
(kiri) berkata abangnya mungkin telah menggunakan "perkataan kasar" terhadap pihak berkuasa Malaysia dalam surat kepada Perdana Menteri British.

Bagaimanapun, Waythamoorthy yang juga seorang peguam berkata, itu tidak merupakan satu hasutan.

Uthayakumar, yang juga pemimpin Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dijatuhkan hukuman tersebut Rabu lalu, beberapa jam selepas adiknya itu mengangkat sumpah sebagai senator untuk menerima jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PAKATAN RAKYAT AJAR HINA SULTAN?


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa dengan suasana selepas PRU13 yang cuba mengaitkan sentimen 'nakal' dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kami tegaskan, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadi pegangan kepada seluruh rakyat semenjak kita merdeka sehingga kini.

“Bagi kami, apa yang sedang berlaku adalah cubaan pihak-pihak tertentu meletakkan kesalahan tersebut di bahu kami di dalam PR,” tegas Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, cubaan pihak-pihak tertentu 'mengaitkan' kenyataan berbentuk tulisan di media sosial dengan PR dan membina persepsi bahawa PR dikaitkan dengan penghinaan tersebut amat dikesali.

Tegasnya lagi, DPPM dengan tuntas dan segera mencadangkan pimpinan PR yang telah memenangi PRU13 yang lalu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan taat setia.

Sekarang ini, ujarnya masih banyak usaha-usaha pihak tertentu 'menyamar' dengan memburukkan Institusi Raja yang sedang berleluasa.

Tambahnya, DPPM memohon pihak polis menangani isu itu tanpa prejudis dan segera bagi menghalang wabak tidak sihat itu menular.

“Atas sifat rakyat yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kami menyembah taat setia dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam kenyataan.

Katanya, DPPM yakin, bersama-sama AMK dan DAPSY memohon merafak sembah atas kapasiti sebagai anak muda yang sayangkan kepada Institusi Diraja dan bersedia mengadap jika diperkenan atas perkara tersebut.

“Kami yakin anak muda di luar sana akan bersama kami menjunjung Institusi Diraja yang menjadi payung kepada rakyat,” ujarnya.

Followers

K KLIK OK