KLIK BAH PLZ

Monday 9 February 2009

adun katak tersepit kat icu? - malaysiakini

halo..semua dunia..

tolong uuuiii..

betulke katak lompat tu..

masuk icu..

ade sesape ooouiii

mambang mambang....

ambikjela kataktu wuuiiii..
tolong uuuuiiii....

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia - malaysiakini


Feb 9, 09 1:07pm

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

roslan shaharumPerkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

PAS DAN UMNO MUSUH SAMPAI KEKUBUR - Malaysiakini

setelah berjaya menumbangkan kerajaan pas pakatan diperak..
apakah umno masih mahukan pas bergabung dengan umno?

apakah umno akan menghargai pas?

siapa yang rugi dan siapa untung?

gossip panas:adun kedah letak jawatan - malaysiakini


ALOR SETAR [1.37 am] - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan sebentar tadi. Ini bermakna satu pilihanraya kecil akan diadakan di Kedah dalam masa terdekat ini.

http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gempar-exco-kerajaan-negeri.html

PERAK:PR AKAN TERUS HILANG KEKUASAANNYA DI PERAK - Malaysiakini

kita tahu harta kita telah dirompaklah katakan,dan kita tahu siapa yang merompak, mengapakah kita tidak mampu mengambil balik harta kita itu?

karena dia kuat

karena kita lemah

karena kita takut

karena kita telah rela

maka kita dengan jawaban yang tertera diatas itu,adalah selemah lemah golongan, dan hanya berharap ihsan tuhan,..
justeru dari itu jangan berharap harta kita itu akan kembali lagi menjadi milik kita,

boleh jadik harta tersebut dah habis dibelanjakan dan dijual dipasar dan pasar gelap..

Followers

K KLIK OK