KLIK BAH PLZ

Sunday 8 February 2009

PERAK CERITA DAN ULAMA' PENJILAT - Malaysiakini

setelah mendapat pangkat sebagai ulamak penjilat yang menuruti titah segala pimpinan politik harussani kembali berkokok..

kokok kali ini seakan dia sahaja yang benar orang lain punya pandangan adalah salah...

sehingga apa yang di ungkapkan oleh harussani itu lebih membingungkan orang awam yang sememangnya awam terhadap ilmu agama

keawaman mereka itu karena sememangnya pimpinan politiklah yang menginginkan sedemikian rupa agar orang awamitu jadi bodoh dan di perbodohkan.. agar kekuasaan mereka terus berlangsung di berbagai alasan penipuan tak kiralah atas nama apa bendanya yang penting kelangsugan kekuasaan mereka tercapai..

PERAK KINI:Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

nizar

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

FITNAH TANAH DI PERAK DARI TULANG BESI - Malaysiakini

Artikel ini saya post pada bulan November tahun lepas. Juga, dibawah ada penerangan lain dari seorang weblogger di Laman Tranung Kite. Fitnah UMNO di Perak Yang Bahaya: Pemberian Hak Milik Kekal Kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun

Terdapat satu fitnah yang bagi saya sangat bahaya terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Fitnah tersebut adalah kononnya pemberian hak milik 999 tahun/kekal kepada kampung baru adalah mengadaikan hak orang Melayu di Perak dan kononnya orang Cina sudah mengusai pentadbiran kerajaan Perak melalui PAS.Here is the beginning of my post. And here is the rest of it Hakikatnya UMNO takut kerana isu pemberian hak milik kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini adalah janji Barisan Nasional sejak sekian pilihanraya.

Saya pula merasakan fitnah ini adalah bahaya kerana saya telah mendengar fitnah ini dari adik Ipar saya yang mempunyai kakak Ipar di Ipoh. Ertinya fitnah ini telah meluas dan merebak hampir seluruh masyarakat Melayu Perak dan sekarang sedang merebak ke Selangor.

Saya membaca temuramah MB Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bersama Suara Keadilan (Bil 154, 5-12 November 2008, ms 16-17). Di dalam temuramah tersebut dinyatakan oleh Dato Seri Nizar:

" Kampung Baru paling ramai penduduk di Malaysia adalah di Perak. Ia didirikan di zaman darurat di mana kerajaan ketika itu membawa kaum Cina ke kampung baru bagi mencegah anasir komunis.

Ada 134 kampung bru yang melibatkan 65k keluarga. Dalam Kanun Tanah Negara Kampung Baru sudah tidak boleh dibuka lagi. Kalau kesemuanya diberikan hak milik kekal, ia hanya melibatkan tanah 5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina.

Begitu juga Kampung Tersusun yng mempunyai hampir 75k keluarga di mana 70% penduduknya orang Melayu. Ia juga hanya melibatkan 7k ekar.

Kita tidak memberikan tambahan tanah tetapi kita hanya tukarkan daripada pajak kepada hak milik kekal. Kerajaan juga mendapat pendapatan RM330juta. Kalau dulu penduduk kampung baru ada pajakan 99 tahun dan kalau tanahnya disandar kepada bank mereka akan mendapat sedikit nilai sahaja. Sekarang kalau tanahnya jadi hak milik kekal bank akan berikan pinjaman maksima. Penduduk boleh gunakan wang tersebut untuk meningkatkan imej persekitaran rumah mereka.

Kerajaan BN menjadikan isu ini untuk memancing undi"

Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Segalanya adalah fitnah UMNO untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Setelah ditolak secara borong oleh pengundi Cina dan India pada PRU lepas, maka UMNO hanya bergantung nyawa kepada 60% pengundi Melayu yang mengundi mereka dahulu (kerana 40% pengundi Melayu telah mengundi Pakatan Rakyat di Perak).

Tidak ada penguasaan DAP ke atas kerajaan Perak, tidak ada penguasaan orang Cina ke atas kerajaan Perak, tidak ada pengurangan kekuasaan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Segalanya hanyalah fitnah dari UMNO.

Sebenar-benarnya, fitnah ini ditumpukan kepada pekerja2 kerajaan negeri supaya diharapkan mereka akan belot kepada kerajan negeri atas dasar mempertahankan kekuasaan orang Melayu di Perak. Itu sahaja.

Memainkan isu perkauman ini menunjukkan UMNO adalah desperado. Al maklumlah, sumber kewangan UMNO diperingkat cawangan dan bahagian selama ini datang dari kerajaan negeri. Sekarang ini sumber ini telah kering seperti gurun Sahara di musim panas. Cawangan-cawangan UMNO mcm tak bermaya, nak buat program pun takda duit.

Hasilnya aktiviti yang mereka mampu lakukan adalah menyebarkan fitnah seperti ini.

Ingatlah nasihat dari kawan saya yang bekas UMNO:

"Sekiranya ada orang UMNO berkata Tuhan itu Satu, jangan percaya. Bukan kerana kenyataan itu tidak benar tetapi kerana yang bercakap itu adalah orang UMNO"

Bahagian II

Dari Pendekar Klate:

kes tanah yg saya tahu begini

ada 3 jenis, iaitu
1. kg tersusun
2.kg baru
3. tanah tradisional

org tuduh MB bagi kat cina, tp..

bagi ke sumua 3 jenis tu, terdapat lebih kurang 140,000 geran pemilik dimana
no 1 da no 2, hampir 75% adalah milik melayu
manakal kg tradisional itu boleh dikatakan 99%milik melayu.

ini bukan kes pemberian baru, tp memang milik mereka sejak berzaman lamanya.

kg tersusun pun majorit milik melayu. jadi kes 999 tahun itu lebih untung kepada org melayu.

dari sejuml;ah lebih kurang 140,000 geran (pemilik itu, kaum cina dan india hanay perolehi sekitar 42,000 hak milik 999 tahun saja berbanding bakiya adalah hak milik melayu diberikan.

siapa yg cerdik? DAP atau PAS (Md NIZAR).

dan yg paling bodoh ialah sultan dan umno.

bab pemberian balak, MB amat tegas, ADUN tidak diberikan hak. zaman umno setiap ADUN akan perolehi sekitar 1200 hektar setipa org kws balak. bagi balak untuk istanna, MB mengurangkan saja. itu yg istana tak suka. dalam perlembagaan, sultan tiada hak ke atas balak, tp MD nizar masih bg wpun jumlahnya dikurangkan.

kes PAsir juga melibatkan sultan. n

isu inilah yg sebabkan sultan marah. kerana menyekat sumber penambahan kekayaannya.

apa lagi mainan politik kotot umno dan tikaman umno kepada sultan.

apa pun sultan dan umno sama sama perosak Islam. bini sultan pun tak tutup aurat sedangkan sultan adalah ketua agama.

Followers

K KLIK OK