KLIK BAH PLZ

Monday 8 July 2013

DS NAJIB LEBIH POPULAR DARI DS ANWAR DI PRU 13:BETULTU BACALAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 95 peratus komen positif daripada pengguna laman Twitter semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 82 peratus komen negatif di laman sama.
Hasil kajian itu diumumkan oleh pensyarah Jabatan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Faizal Kasmani di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.
Beliau mendapati 64 peratus pengguna Twitter memberi komen neutral kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor manakala Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa masing-masing mendapat komen negatif masing-masing dengan 75, 84 dan 94 peratus

"Sebanyak 11,942 tuit menggunakan label #pru13 dikirim pada hari pengundian 5 Mei lalu manakala tuit bahasa Melayu berjumlah 4,752 dan bahasa Inggeris 753 tuit.
"Sebanyak 94 peratus memberi komen positif kepada Barisan Nasional (BN) dan 45 peratus komen positif kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun PKR, DAP, PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat komen negatif dengan 81, 77 dan 39 peratus," katanya.
Beliau berkata, isu kempen dan manifesto menjuarai tuit dalam #pru13 dengan 2,036 tuit manakala aspirasi calon dan parti menduduki tangga kedua dengan 703 tuit dan keputusan pilihan raya 611 tuit.
"Hasil kajian itu menafikan dakwaan yang mengatakan rakyat terpisah dari sudut jurang digital yang membezakan penduduk bandar dan luar bandar.
"Peningkatan jumlah tuit ketara menggunakan #pru13 membuktikan pengguna laman Twitter mengirim tuit lebih banyak berbanding hari biasa," katanya

ROGOL BERGILIR GILIR DI SUKMA MEMALUKAN:HUKUM SEBAT DAN ROTAN WAJAR..SIARKAN WAJAHNYA PEROGOL

Dakwaan seorang atlet dirogol di Perkampungan Sukan mencalar imej temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 Kuala Lumpur yang melabuhkan tiranya hari ini.
Insiden yang dilaporkan oleh media pada hari terakhir temasya itu mengalihkan perhatian terhadap pencapaian kontinjen Selangor sebagai juara keseluruhan edisi ke-16.
Selangor muncul juara keseluruhan buat kali ketujuh sejak temasya itu diperkenal pada 1986 dengan mengumpul 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa, sekali gus menyingkirkan Terengganu dengan kelebihan empat emas.
Terengganu dalam misi memburu gelaran kelima berturut-turut, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 19 emas, 13 perak dan 13 gangsa diikuti Wilayah Persekutuan dengan 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.
Bagaimanapun, dakwaan insiden rogol oleh seorang atlet acara baling bola di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu menimbulkan pelbagai persoalan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengakui insiden itu mencacatkan temasya itu kali ini kerana ia insiden pertama dalam sejarah penganjuran sukan itu.
Bagaimanapun, MSN selaku penganjur kali ini, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Zolkples berkata, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam menjamin keselamatan atlet di persekitaran perkampungan sukan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk pengawal keselamatan bertugas melakukan pemeriksaan di setiap bilik penginapan atlet.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.
Berikutan itu, semua pihak perlu mengambil iktibar dan mengambil langkah agar kejadian seperti itu tidak berulang pada edisi sukan akan datang. - Bernama, 7 Julai.

Followers

K KLIK OK