GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) -- Prosiding kes di Bangunan Mahkamah
Pulau Pinang di Lebuh Light di sini terganggu selama sejam dari pukul 10
pagi Selasa berikutan panggilan bom palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata sejurus
menerima aduan panggilan bom itu, sebanyak 25 anggota Unit Pemusnah Bom
dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau
Pinang (IPK) bergegas ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.
Beliau berkata seramai 200 petugas mahkamah dan orang awam diarah mengosongkan bangunan mahkamah itu.
"Setelah membuat pemeriksaan dari setiap aras kompleks mahkamah selama
sejam kita dapati panggilan itu adalah palsu," katanya kepada pemberita
ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata panggilan palsu yang diterima di IPK itu dipercayai
dilakukan oleh seorang lelaki Arab berdasarkan cara pertuturannya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment