KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai
polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh
Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa
implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan
lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia
itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat
untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman
KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan
dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat
sumpah jawatan)
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian.
Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam,
Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh
Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar
sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah
kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya,
dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim
mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh
dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah,
iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53261
No comments:
Post a Comment