Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur
menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita
warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan
Wanita
Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula
untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami
membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya
perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70
anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya
yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua
anak-anak tersebut," katanya.
Menurut
pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah
memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas
bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya
membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya
mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
No comments:
Post a Comment