KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya
menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta
menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok,
Kuala Lumpur 15 Jun nanti.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS
selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.
"Kita
hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi
menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.
"Kita
juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir
tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin
sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.
Mohamad yang menyatakan
kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi
dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.
"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
"Apa
yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan
tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.
Dalam
pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak
membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan
perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.
Dalam
pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang
akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan
himpunan aman Black 505.
No comments:
Post a Comment