Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar
Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan
pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.
Panel
tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert
dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul
memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.
Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Kes ditangguh kepada 24 Jun.
No comments:
Post a Comment