KLIK BAH PLZ

Saturday, 29 June 2013

PAKATAN SEPATUTNYA MENANG 4 LAGI KURSI DI SABAH?

Pakatan Rakyat mampu menang di empat lagi kerusi Parlimen di Sabah dalam pilihan raya umum lalu jika tiada pemilih meragukan dalam daftar pemilih, kata Pengarah Sekretariat Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Jannie Lasimbang.

Bercakap dalam sebuah seminar di Kuala Lumpur hari ini, Lasimbang berkata, identiti meragukan pemegang kad pengenalan di Beaufort, Tawau, Kota Marudu dan Batu Sapi melebihi majoriti yang dimenangi BN.

Di Beaufort contohnya, kata Lasimbang, seramai 1,061 didakwa sebagai pemegang kad pengenalan meragukan, tetapi majoriti BN di situ hanya 673.

Di Tawau pula seramai 7,472 kumpulan itu berbanding majoriti 4,947 undi.

Katanya, maklumat itu berdasarkan analisis Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) Sabah-Sarawak serta pengakuan penolong ketua bahagian kad pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara Ruslan Alias dalam suruhanjaya siasatan diraja (RCI), yang mengeluarkan senarai berkaitan.

"Analisis menunjukkan bahawa sepatutnya tiga, kemungkinan empat, boleh dimenangi, berdasarkan jangkaan mereka yang dimasukkan (dalam senarai) tidak benar-benar berada di situ," kata Lasimbang yang juga bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

No comments:

Post a Comment

Followers

K KLIK OK