Usul MCA tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan boleh terbatal
sekiranya perwakilan parti itu mencadangkan usul baharu menerusi
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Presiden MCA Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek bagaimanapun berkata EGM tersebut hanya boleh diadakan
sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
perwakilan pusat iaitu 800 daripada 2,400 perwakilan pusat.
Sekiranya
EGM tersebut tidak mendapat persetujuan satu pertiga perwakilan,
sebarang usul mengenai perkara tersebut akan dibuat pada Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) hujung tahun ini, katanya.
Keputusan keputusan
tersebut bergantung kepada perwakilan parti membuat usul untuk
membatalkan usul yang dibuat pada AGM parti itu dua tahun lepas, katanya
kepada pemberita pada satu majlis jamuan malam di sebuah hotel di Alor
Setar hari ini.
MCA pada AGM 2011 dan 2012 membuat resolusi
bahawa parti itu akan menolak semua jawatan dalam kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri jika prestasinya lebih teruk dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lepas.
Pada PRU13, MCA hanya memenangi
tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.
Mengenai
tempoh yang agak lama tiada wakil MCA sebagai exco kerajaan negeri
Kedah, Dr Chua berkata ia tidak terlalu lama hanya menunggu hingga
hujung tahun ini untuk diadakan AGM.
Katanya beliau berterima
kasih kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana
mahu memberi jawatan exco kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
MCA tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak
menerima apa-apa jawatan.
Ditanya sekiranya Menteri Besar
Kedah melantik ADUN MCA menjadi exco, beliau berkata: "Jika ia berlaku
baru you (wartawan) tanya saya balik".
- Bernama
No comments:
Post a Comment