Tindakan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar)
tidak mematuhi arahan parti dengan menghadirkan diri di taklimat
Parlimen semalam adalah satu tindakan yang telah melanggar disiplin
parti.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihak kepimpinan parti
memandang serius terhadap perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat
tunjuk sebab kepada Teck Hwa semalam untuk memberikan penjelasan kepada
parti.
Bagaimanapun, jelasnya Teck Hwa telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakannya itu.
“Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saya
selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck
Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.
“Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon
maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau
ke Jawatankuasa Disiplin DAP,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban
dalam satu kenyataan.
Tegasnya, perkara itu perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada
Teck Hwa dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara
kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan
tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP.
No comments:
Post a Comment