KLIK BAH PLZ

Monday 8 July 2013

ROGOL BERGILIR GILIR DI SUKMA MEMALUKAN:HUKUM SEBAT DAN ROTAN WAJAR..SIARKAN WAJAHNYA PEROGOL

Dakwaan seorang atlet dirogol di Perkampungan Sukan mencalar imej temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 Kuala Lumpur yang melabuhkan tiranya hari ini.
Insiden yang dilaporkan oleh media pada hari terakhir temasya itu mengalihkan perhatian terhadap pencapaian kontinjen Selangor sebagai juara keseluruhan edisi ke-16.
Selangor muncul juara keseluruhan buat kali ketujuh sejak temasya itu diperkenal pada 1986 dengan mengumpul 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa, sekali gus menyingkirkan Terengganu dengan kelebihan empat emas.
Terengganu dalam misi memburu gelaran kelima berturut-turut, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 19 emas, 13 perak dan 13 gangsa diikuti Wilayah Persekutuan dengan 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.
Bagaimanapun, dakwaan insiden rogol oleh seorang atlet acara baling bola di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu menimbulkan pelbagai persoalan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengakui insiden itu mencacatkan temasya itu kali ini kerana ia insiden pertama dalam sejarah penganjuran sukan itu.
Bagaimanapun, MSN selaku penganjur kali ini, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Zolkples berkata, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam menjamin keselamatan atlet di persekitaran perkampungan sukan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk pengawal keselamatan bertugas melakukan pemeriksaan di setiap bilik penginapan atlet.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.
Berikutan itu, semua pihak perlu mengambil iktibar dan mengambil langkah agar kejadian seperti itu tidak berulang pada edisi sukan akan datang. - Bernama, 7 Julai.

No comments:

Post a Comment

Followers

K KLIK OK