KLIK BAH PLZ

Saturday 7 February 2009

PERAK TERKINI:BENARKAH KERAJAAN INI HARAM DAN RAPUH - Malaysiakini

banyak orang mengatakan bahwa kerajaan haram yang didirikan bn umno di perak adalah lemah dan bergantung pada dahan yang rapuh,

kerapuhan yang dimaksudkan ialah dimana ia ditegakkan dengan aksi lompat dan loncat adun adun ahli silap mata sarkas tersebut,benarkah begitu halnya?

dalam sejarah terjadi hal lompat dan loncat yang lalu,bn umno pernah menuliskan dalam sejarah kerajaan sedemikian dapat kekal dengan begitu agak lama menguasai kerajaannya..

di terengganu dan di kelantan yang pernah menyaksikan hal sama bukan?

ini menunjukkan benarnya kata sayyidina ali kw. bahwa kebenaran yang tidak kuat perancanganannya akan kalah dengan kebathilan yang tersusun..

tipu helah kebathilan yang menghalalkan segala macam jalan demi tercapainya tujuan harus ditentang dengan segala macam cara juga untuk menundukkan kebathilannya..

dengan mendatangkan kebenaran yang lebih benar dalam kebenaran serta keadilan dan qisosnya.
yang harus diterapkan oleh pejuang kebenaran secara serentak.

jika tidak kebenaran hanya menjadi budak suruhan kepada kebathilan tersebut.

kalau memang kerajaan yang dikatakan haram ini rapuh,mari pr tunjukkan kerapuhannya denga secepat mungkin menumbangkkannya kembali dan
mari kita teruskan perjuangan ini dengan mengambil kekuatan rakyat.
bersa.....

PERAK HAL:SALAHKAH ANWAR IBRAHIM - malaysiakini

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/bersalahkah-anwar-bin-ibrahim.html

Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan~ref Malaysiakini

Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.

Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya.

"Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru

Ramai yang bersetuju dengan pandangan dan pendapat Professr Dr Abdul aziz Bari diatas.Beliau nampak tidak bias kemana-mana pihak; tetapi mahukan rakyat yang membuat penentuan bagi meleraikan krisis tersebut. Nak baca pendapat Professor Kangkung silaklik baca sini

PERAK:PR KEMBALILAH KE RAKYAT SECEPAT MUNGKIN~Ref Malaysiakini

pakatan harus cepat kembali mengoreksi diri secepat mungkin untuk tampil membenahi dan memberikan perlawanan yang tangguh dan berterusan

pkr, dap dan pas harus membuang sikap angkuh masing masing,tidak kiralah siapa yang punya kerusi banyak atau sedikit,tak perlu dipersoalkan dan ini wajar diamalkan demi kembalinya kekuasaan ketangan pakatan.

sikap angkuh sesetengah pihak ini telah memberi peengajaran yang besar dengan terlepasnya kuasa dari tangan pakatan.

haruslah disedari bahwa dalam pemerintahan bercorak demokrasi ini satu kerusipun amatlah penting..jadi janganlah menghinakan yang lain karena kerusi.

sikap perkauman harus dipipis habis dari parti parti pakatan..sehingga tiada lagi ruang untuk parti bercakaran dan sakit disakiti hanya karena kaum..manusia secara umumnya mengharap dan memerlukan keadilan,ihsan dan kebajikan secara bersama..itulah yang kita perjuangkan.

pakatan harus cepat kembali kepada rakyat, dengan kadar yang amat segera dengan apapun caranya sehingga tidak didahului umno bn yang telah memiliki kuasa dan jentera kewangan yang kukuh..maka kegagalan pakatan kembali kepada rakyat akan mengakibatkan kecundang dan tewas berterusan dalam pru 13 nanti..

PERAK:PASCA RAMPASAN KUASA,INILAH YG TERJADI~Ref Malaysiakini



Selepas rampasan kuasa yang paling keji dalam sejarah Malaysia berlaku..maka skrip untuk hari-hari seterusnya akan dapat dan di telaah, antara yang di jangka akanberlaku pasca peristiwa ini ialah

1. Sultan Azlan Syah ialah di antara sultan yang paling di hormati bukan sahaja oleh rakyat Negeri Perak bahkan oleh seluruh rakyat Malaysia, Sultan yang dianggap paling berpendidikan dan bijak dalam menentukan apa-apa keputusan, tetapi rentetan daripada peristiwa ini maka sudah pasti rasa hormat dan kagum itu akan hilang dari hati rakyat, terutama dari hari ahli-ahli PR, yang selama ini mempertahan institusi di Raja ketika mana cuba di khianati oleh UMNO..takpayah cakap la semua orang tahu yang UMNO cuba untuk mencabut taring raja.

2. Perbicaran kes rasuah terhadap 2 pengkhianat akan berakhir dengan pembebasan kedua-dua itu dari sebarang pertuduhan rasuah, bahkan mungkin pihak peguam negara akan menarik balik semua pertuduhan atas alasan tiada bukti, maka jadi la makhluk 2 ekor tu makhluk yang paling bersih atas dunia.

3. Manakala pengkhianat tunggal dari DAP tu pulak, paling kurang akan dapat balik kerusi beliau sebagai timbalan speaker atau akan di lantik sebagai speaker DUN Perak., Dato’ Nasaruddin pastinya sah akan menjadi EXCO.

4. SPR, SPRM, PDRM bahkan Jabatan Peguam Negara, kesemua jabatan ini sudah tidak dapat membendung diri mereka, untuk memberitahu semua orang bahawa mereka semua ini adalah hantu raya & pelesit peliharaan UMNO, betul UMNO sebagai pemerintah maka mereka mesti ikut arahan pemerintah, tetapi di sana ada pertaturan, ada undang-undang yang perlu di hormati dan di ikuti, tetapi kesemua jabatan ini rela mengenepikan segalanya kerana mereka adalah pelesit dan hantu raya UMNO. Nak contoh jugak ke? Tak payahnya semua orang tahu.

5. Kepimpinan YAB Nizar akan di buruk-burukkan dengan sedahsyat-dahsyatnya oleh RTM 1, RTM 2, TV3, NTV7, TV9, Astro Awani, Bernama TV dan semua radio-radio tempatan, begitu juga UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, METRO, KOSMO, SINAR HARIAN dan semua akhar harian tempatan dengan menggambarkan kegagalan, ketidak stabilan, huru hara, kemiskinan, kesempitan hidup semasa pemerintahan kerajaan PR selama 11 bulan. Dan lebihparah lagi akan di gambarkan sebagai penderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak.

6. Sasaran seterusnya adalah negeri Kedah, siri-siri penculikan pembelian akan di lakukan secara besar-besaran, walaupu bagaimanapun Najib dan juak-juaknya akan menafikan konon mereka tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

7. Rakyat semakin membenci UMNO/BN atas tindakan paling tidak bertamddun oleh mereka


Setakat itu dulu peristtiwa yang akan berlaku pasca rampasan kuasa di Negeri Perak..sesiapa yang rasa nak tambah sila-silakan lah, mungkin penulis tak terperasan

Persoalan yang harus kita fikirkan:

Rakyat sentiasa menunjukkan taat setia kepada raja, tetapi apakah Raja-Raja Melayu pernah setia kepada rakyat?
http://zahidyusof.blogspot.com/2009/02/pasca-rampasan-kuasa-di-perak.html

PERAK HAL:PR DISERU BUANG KRONI UMNO SECEPATNYA~Ref Malaysiakini




Oleh: Huzaifah

Melihat reaksi rakyat Perak, tidak kira apa bangsa…mereka protes
dengan keputusan sultan.

“Mana boleh macam ni…kita sudah pilih Pakatan Rakyat. Bikin election
lah…” Salah seorang lelaki cina bersuara bila saya mengajukan
bicara.

Ya, malam 5 Februari 2009 di kediaman rasmi MB Perak meriah dan
bersemangat. Saya sendiri menyaksikan, rakyat daripada pelbagai
keturunan bersatu hati dan maksud – kembalikan hak rakyat; sultan
wajar adil dan Najib jangan ganggu urusan Perak!

Saya tidak begitu mendengar apa yang disebut oleh beberapa pimpinan
PR. Sementelah dewan utama kediaman MB memang sempit dan pembesar
suaranya agak tenggelam dengan kebisingan suara dan hon kenderaan yang
galak menzahirkan sokongan. Namun isinya saya tahu: MB Nizar adalah MB
yang sah pada sisi undang-undang tubuh negeri Perak, ini adalah
komplot jahat paling tidak bermaruah BN dan sultan jangan berlaku
zalim!

Ya, apa-apa sahaja…asalkan kerajaan PR di Perak wajar diberikan
peluang yang saksama. Kehilangan empat adun dalam sekelip mata penuh
‘kekeliruan dan kekaburan’; tiba-tiba Najib senyum lebar bak hero
menang pertandingan sabung ayam. Apa salahnya, DUN bubar dan pilihan
diberikan kepada rakyat…kenapa sultan enggan dan semuanya dilihat
memihak kepada BN. Jika SPR kita boleh fahami…tapi ini sultan, di
manakah neraca pertimbangan penuh kebijaksanaan seorang graduan Oxford
yang juga mantan Ketua Hakim Negara?

Saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Namun saya lebih kesal jika
PR khususnya di empat negeri berbaki gagal mengambil pengajaran. Amat
mahal harga segala episod yang sudah berlaku di Perak Darul Ridzuan.
Bukan dengan linangan air mata; tetapi maruah sebuah kerajaan yang sah
namun dirobek begitu sahaja oleh tangan-tangan yang sepatutnya menjadi
payung dan naungan rakyat di sana.

Satu: Andai institusi istana masih dianggap penaung yang adil dan
saksama, maka itulah kesilapan kedua, ketiga dan keseterusnya yang
akan menimpa semua negeri PR. Ingatlah, institusi istana di negara ini
sudah lebih 50 tahun dijajah dengan pemikiran dan budaya Umno. Umno
tanpa sedar telah merasuah istana dengan pelbagai mata benda. Anugerah
balak, pasir, tanah dan sebagainya.

Apabila PR mengambil alih Perak, isu pasir misalnya menjadi ‘gendala’
yang tidak terungkaikan. PR di mana-mana negeri tidak lagi meneruskan
tradisi memberi apa sahaja kepada istana. Adakah ini sesuatu yang
direstui oleh para pemuka istana? Anda sendiri mengetahui jawapannya.
Maka sebab itulah, sedikit kesilapan boleh merencatkan perhubungan PR
dengan istana dan ia dijadikan sandaran menepikan PR walau terpaksa
dianggap ‘bodoh’ dan ‘zalim’ oleh rakyat jelata.

Kedua: Nyahkan saki-baki tinggalan Umno dan BN dalam kerajaan dan
organisasi negeri PR. Kita tidak boleh menjadikan mereka rakan apatah
lagi sahabat. Jelas, betapa angkuhnya SUK Perak Datuk Abdul Rahman
Hashim menghalau MB dan para exco-nya tanpa sedikitpun budi bicara.
Inilah wajah sebenar mereka. Baik di Perak, di Selangor, di Penang, di
Kedah mahu pun di Kelantan. Bezanya, Kelantan sudah lama ditadbir oleh
PAS dan corak pemikiran rakyat Kelantan amat berbeza dan mereka amat
menghormati Tuan Guru Nik Aziz itu sendiri, sehingga adakalanya
dilihat ia melebihi hormat mereka kepada sultan.

Sekiranya pemimpin-pemimpin negeri PR di Selangor, Kedah dan Penang
gagal menghapuskan saki-baki legasi BN @ Umno ini…ya, anda tunggulah
kelak apa yang akan terjadi.

Tidakkah anda terfikir, siapakah yang menjadi dalang membocorkan semua
rahsia atau maklumat penting seperti isu penyelewengan dan rasuah
(jika benar) MB Selangor? Kenapa mudah benar Gerak beroleh
info…kenapa Gerak tidak melaporkan satu helai pun salah laku
pimpinan negeri BN, kenapa hanya PR?

Terus-terang, kerajaan PR kena gantikan saki-baki Umno @ BN ini.
Khususnya Umno. Mereka adalah musuh dalam selimut. Manis di depan
menyumpah di belakang. Lembut bertutur lidahnya bercabang. Maka, apa
gunanya disimpan lagi semua ‘tali-barut’ ini…nyahkan…YDP PBT, SUK,
TIMB. SUK, Bendahari Kerajaan Negeri dlln. Jika tidak, anda
tunggulah…ini bukan bicara kosong!

Ketiga: Kenakan tindakan tegas kepada kakitangan kerajaan negeri yang
semasa zaman BN dahulu telah melakukan kesalahan nyata. Jika ini tidak
dilakukan, maka ia tidak akan menjadi pengajaran kepada lain-lain
saki-baki Umno untuk memberi hormat dan seterusnya menghormati
kerajaan PR.

Lihat sahaja di Selangor, apakah tindakan kepada beberapa YDP PBT yang
dahuluinya amat jelas diketahui ke-Umno-an mereka? Begitu juga di
MAIS, JAIS dan Zakat? Tiada tindakan tegas dan dibiarkan sahaja.
Akibatnya…saki-baki Umno merasa megah kembali dan makin besar
kepala.

Kenapa begitu sukar mengenakan tindakan tatatertib kepada mereka?
Adakah kerana mahu menjaga profesionalisme? Sebenarnya, tiada istilah
profesional kepada puak-puak Umno. Jika sesama mereka sekali pun
mereka sanggup hancurkan, sanggup bercah keting…apa lagi dengan
musuh politik mereka.

Kesimpulannya:

Satu: Semua MB/KM di negeri-negeri berbaki PR harus bangkit daripada
mimpi atau lamunan yang panjang. Anda tidak harus merasa bersalah
memecat SUK anda…carilah apa sahaja alasannya, sebelum mereka
bertindak menghalau anda sebagaimana SUK Perak.

Dua: Jangan anggap anda para MB profesional…kerana lawan anda para
juak-juak Umno itu tidak kenal pun erti profesional. Persetankan
istilah itu dan gantilah mereka dengan muka-muka daripada PR yang
sudah terbukti mereka adalah kawan yang setia setiap masa.

Ketiga: Carilah jalan agar anda para MB dapat menundukkan pihak
istana, sebelum mereka menundukkan anda. Jika anda para MB dan exco
masih berbaik sangka dengan istana…anda akan mengalami apa yang
dialami oleh MB Perak dan exco-exconya. Benar, sultan Perak berpesan
dengan ayat al-Quran agar Nizar bersabar…rupa-rupanya, bersabar
ketika mana Nizar dilucutkan jawatan dan dihalau dari pejabatnya
http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=229

PERAK:PAS DAN PERISTIWA YG BERULANG~Ref Malaysiakini

MENGAPA PAS MENGALAMI PERISTIWA HILANGNYA KEKUASAAN SEJAK SEJARAH BERDIRINYA?

MENGAPA PISANG BERBUAH DUA KALI?
HALO KAWAN JAWABLAH..

PERAK:KITA HILANG KUASA KITA AMBIL RAKYAT~Ref Malaysiakini

tugas para blog untuk memenangi perang siber kini terbuka luas dan berat..
kekalahan pakatan rakyat dalam kekuasaan kerajaan perak adalah satu pukulan yang teruk untuk diterima..

namun begitu kita tidak harus kalah semua dalam kekalahan ini.. kita harus memenangi sisi lain dari perang ini..kita rebut jiwa rakyat kembali dan juga mereka yang simpati serta kalau boleh kita kembali dekati raja..walaupun untuk beberapa kepentingann..

kita mesti ingat dan teliti kembali...mengapakah raja raja masih bergandingan dengan umno padahal umnolah yang telah menghakis kekuasaan dan wibawa raja raja?

kemenangan umno dalam merebut kuasa di perak ini juga sarat dengan beban, dua ekor buaya lompat yang masih dalam tuduhan rasuah..

apakah keputusannya dimahkamah nanti kita tahu bahwa buaya lompat ala katak ini akan bebas..karena buaya telah pupus dan dilindungi undang undang,..klau tidak runtuhlah kuasanya kembali..

disinilah kita harus memenangi kembali jiwa dan perang sarap keatas rakyat dan raja..
jadi kita sebagai penyokong PR jangan lepaskan peluang perang psikologi ini untuk menghentam amno dan mencelikkan pengundi atas pagar. teruskan perjuangan

Followers

K KLIK OK