KLIK BAH PLZ

Monday 15 July 2013

Bung Mokhtar: Tak minta projek dayus

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian.

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin.

Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

"Wakil rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah," kata Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Monday 8 July 2013

DS NAJIB LEBIH POPULAR DARI DS ANWAR DI PRU 13:BETULTU BACALAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 95 peratus komen positif daripada pengguna laman Twitter semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 82 peratus komen negatif di laman sama.
Hasil kajian itu diumumkan oleh pensyarah Jabatan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Faizal Kasmani di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.
Beliau mendapati 64 peratus pengguna Twitter memberi komen neutral kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor manakala Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa masing-masing mendapat komen negatif masing-masing dengan 75, 84 dan 94 peratus

"Sebanyak 11,942 tuit menggunakan label #pru13 dikirim pada hari pengundian 5 Mei lalu manakala tuit bahasa Melayu berjumlah 4,752 dan bahasa Inggeris 753 tuit.
"Sebanyak 94 peratus memberi komen positif kepada Barisan Nasional (BN) dan 45 peratus komen positif kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun PKR, DAP, PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat komen negatif dengan 81, 77 dan 39 peratus," katanya.
Beliau berkata, isu kempen dan manifesto menjuarai tuit dalam #pru13 dengan 2,036 tuit manakala aspirasi calon dan parti menduduki tangga kedua dengan 703 tuit dan keputusan pilihan raya 611 tuit.
"Hasil kajian itu menafikan dakwaan yang mengatakan rakyat terpisah dari sudut jurang digital yang membezakan penduduk bandar dan luar bandar.
"Peningkatan jumlah tuit ketara menggunakan #pru13 membuktikan pengguna laman Twitter mengirim tuit lebih banyak berbanding hari biasa," katanya

ROGOL BERGILIR GILIR DI SUKMA MEMALUKAN:HUKUM SEBAT DAN ROTAN WAJAR..SIARKAN WAJAHNYA PEROGOL

Dakwaan seorang atlet dirogol di Perkampungan Sukan mencalar imej temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 Kuala Lumpur yang melabuhkan tiranya hari ini.
Insiden yang dilaporkan oleh media pada hari terakhir temasya itu mengalihkan perhatian terhadap pencapaian kontinjen Selangor sebagai juara keseluruhan edisi ke-16.
Selangor muncul juara keseluruhan buat kali ketujuh sejak temasya itu diperkenal pada 1986 dengan mengumpul 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa, sekali gus menyingkirkan Terengganu dengan kelebihan empat emas.
Terengganu dalam misi memburu gelaran kelima berturut-turut, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 19 emas, 13 perak dan 13 gangsa diikuti Wilayah Persekutuan dengan 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.
Bagaimanapun, dakwaan insiden rogol oleh seorang atlet acara baling bola di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu menimbulkan pelbagai persoalan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengakui insiden itu mencacatkan temasya itu kali ini kerana ia insiden pertama dalam sejarah penganjuran sukan itu.
Bagaimanapun, MSN selaku penganjur kali ini, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Zolkples berkata, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam menjamin keselamatan atlet di persekitaran perkampungan sukan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk pengawal keselamatan bertugas melakukan pemeriksaan di setiap bilik penginapan atlet.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.
Berikutan itu, semua pihak perlu mengambil iktibar dan mengambil langkah agar kejadian seperti itu tidak berulang pada edisi sukan akan datang. - Bernama, 7 Julai.

Friday 5 July 2013

Wednesday 3 July 2013

Ku Li jadi Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia? - Shahbudin Husin

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.
Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.
Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.
Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.
Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia.
Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.
Dr Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Johor dan timbalan menteri, hanya diberikan jawatan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, sebuah syarikat milik kerajaan yang tumpuan khususnya lebih kepada projek perumahan kos rendah dan memulihkan projek terbengkalai.
Berbanding dengan Tabung Haji, SPNB jauh lebih kecil walaupun Dr Latif seorang yang lebih berpengalaman serta berpengetahuan dalam politik dan pengurusan.
Annuar Musa yang difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi MARA adalah tokoh hebat dari Kelantan dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Kepandaiannya dalam mengurus menjadikan Persatuan Bolasepak Kelantan atau KAFA yang dikendalikannya kini menjadi kuasa baru dalam bolasepak negara dengan memenangi beberapa kejuaraan utama.
Tetapi beliau hanya diberikan jawatan Pengerusi MARA yang kini semakin mengecil peranannya dalam membantu orang-orang Melayu di bidang perniagaan serta pendidikan berikutan peruntukan kerajaan yang semakin dikurangkan tahun demi tahun.
Lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan oleh Najib pada 2009 lalu, MARA seolah-olah sudah tenggelam peranannya dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera.
Berbanding dengan Tabung Haji juga, MARA ternyata lebih keci meskipun Annuar Musa yang bakal dijadikan Pengerusi agensi itu adalah individu yang cukup pengalaman dalam politik, pengurusan serta banyak membantu rakyat di pelbagai peringkat sebelum ini.
Syed Hamid Albar yang pernah menjadi peguam dan berpengalaman sebagai menteri di pelbagai kementerian, apabila digugurkan daripada kabinet pada 2009, hanya diberikan jawatan Pengerusi SPAD yang secara kasarnya hanya menjaga bas, lori dan teksi saja.
Bahkan pelantikannya sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum ini telah ditarik balik walaupun sudah menerima surat perlantikan itu.
Syed Hamid Albar juga dikenali seorang yang berintergeriti tinggi dan wibawanya diketahui ramai di dalam dan di luar negara.
Dibandingkan dengan Tabung Haji juga, SPAD jauh lebih kecil dan seolah-olah tidak padan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti beliau hanya ditugaskan menjaga bas, teksi dan lori saja.
Begitu juga dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan kini Ahli Parlimen Kubang Pasu, Johari Baharom yang dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat di JPM.
Perlantikan beliau itu lebih kepada untuk memberi jawatan semata-mata sedangkan tiada peranan khusus walaupun pengalaman dan pengetahuannnya dalam politik dan kerajaan selama puluhan tahun sebelum ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk peranan yang lebih besar lagi.
Jika dibandingkan dengan Pengerusi Tabung Haji, jawatan sebagai penasihat di JPM ini hampir tidak memberi makna kerana belum tentu ada nasihat Johari yang mahu diterima-pakai oleh Najib yang diketahui sudah pun mempunyai ramai penasihat sebelum ini.
Semua perlantikan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa semakin tinggi pengetahuan, pengalaman dan wibawa seseorang itu, semakin tidak penting dan kecil agensi kerajaan, GLC atau jawatan yang akan diberikan kepadanya manakala mereka yang tiada pengalaman, malah kewibawaannya dipertikaikan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan syarikat yang bernilai berbilion-bilion ringgit pula.
Dalam hal ini jika Tengku Razalegh Hamzah, seorang yang mempunyai wibawa, pengalaman dan pengetahuan yang lebih tinggi, pernah menjadi Menteri Kewangan, Pengerusi IMF, Pengerusi Bank Dunia dan pelbagai jawatan lagi serta berperanan menubuhkan Bank Bumiputra dan Petronas, mahu diberikan jawatan oleh Najib, barangkali jawatan yang akan diberikan hanyalah Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia saja.
Oh Malaysia tanahairku!! - shahbudindotcom.blogspot.com, 3 Julai, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Monday 1 July 2013

AHLI PAS CAP AYAM? KA KA KA

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad atau lebih dikenali sebagai ‘Din Ayam’ (gambar kiri) berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanyadi sini

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini bukan benda baru. Nasrudin Tantawi juga telah dengan panjang lebar menyatakan benda yang sama pada 6 Disember, 2011 dulu di sini

Tapi saya juga selaku ahli dan pemerhati politik ingin menyatakan bahawa PAS juga patut pertimbangkan pemecatan keahlian orang yang membuat kenyataan itu sendiri, iaitu keatas Din Ayam.

Din Ayam sebagai ahli PAS telah melakukan perkara yang merugikan parti berikutan isu penyertaan calon PAS di Kota Damansara dalam PRU 13 yang lalu. Beliau telah menggunakan pengaruh peribadinya sebagai menantu Presiden dan telah mengelirukan Presiden parti hingga Presiden sanggup mengeluarkan watikah kepada calon PAS yang terlibat walaupun tugas itu sebenarnya adalah tugas Seiausaha parti, iaitu Cikgu Mustafa Ali.

Tindakan Din Ayam itu jelas tidak mendapat restu dari PAS negeri Selangor dan juga PAS Pusat.

Din Ayam sepatutnya dipanggil berhadapan dengan Badan Disiplin parti untuk membuat penjelasan.

Setidak-tidaknya, Badan Disiplin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan Din Ayam dari cakap-cakap kotor dan busuk mengenai Din Ayam oleh sebilangan ahli PAS sendiri.

Kalau tidak, ramai beranggapan bahawa beliau patut dipertimbangkan untuk diambil tindakan sebagaimana PAS ambil ke atas Hasan Ali dahulu iaitu memecatnya serta merta bersabit menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 82(9)

Followers

K KLIK OK