KLIK BAH PLZ

Saturday 7 February 2009

PERAK HAL:PR DISERU BUANG KRONI UMNO SECEPATNYA~Ref Malaysiakini




Oleh: Huzaifah

Melihat reaksi rakyat Perak, tidak kira apa bangsa…mereka protes
dengan keputusan sultan.

“Mana boleh macam ni…kita sudah pilih Pakatan Rakyat. Bikin election
lah…” Salah seorang lelaki cina bersuara bila saya mengajukan
bicara.

Ya, malam 5 Februari 2009 di kediaman rasmi MB Perak meriah dan
bersemangat. Saya sendiri menyaksikan, rakyat daripada pelbagai
keturunan bersatu hati dan maksud – kembalikan hak rakyat; sultan
wajar adil dan Najib jangan ganggu urusan Perak!

Saya tidak begitu mendengar apa yang disebut oleh beberapa pimpinan
PR. Sementelah dewan utama kediaman MB memang sempit dan pembesar
suaranya agak tenggelam dengan kebisingan suara dan hon kenderaan yang
galak menzahirkan sokongan. Namun isinya saya tahu: MB Nizar adalah MB
yang sah pada sisi undang-undang tubuh negeri Perak, ini adalah
komplot jahat paling tidak bermaruah BN dan sultan jangan berlaku
zalim!

Ya, apa-apa sahaja…asalkan kerajaan PR di Perak wajar diberikan
peluang yang saksama. Kehilangan empat adun dalam sekelip mata penuh
‘kekeliruan dan kekaburan’; tiba-tiba Najib senyum lebar bak hero
menang pertandingan sabung ayam. Apa salahnya, DUN bubar dan pilihan
diberikan kepada rakyat…kenapa sultan enggan dan semuanya dilihat
memihak kepada BN. Jika SPR kita boleh fahami…tapi ini sultan, di
manakah neraca pertimbangan penuh kebijaksanaan seorang graduan Oxford
yang juga mantan Ketua Hakim Negara?

Saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Namun saya lebih kesal jika
PR khususnya di empat negeri berbaki gagal mengambil pengajaran. Amat
mahal harga segala episod yang sudah berlaku di Perak Darul Ridzuan.
Bukan dengan linangan air mata; tetapi maruah sebuah kerajaan yang sah
namun dirobek begitu sahaja oleh tangan-tangan yang sepatutnya menjadi
payung dan naungan rakyat di sana.

Satu: Andai institusi istana masih dianggap penaung yang adil dan
saksama, maka itulah kesilapan kedua, ketiga dan keseterusnya yang
akan menimpa semua negeri PR. Ingatlah, institusi istana di negara ini
sudah lebih 50 tahun dijajah dengan pemikiran dan budaya Umno. Umno
tanpa sedar telah merasuah istana dengan pelbagai mata benda. Anugerah
balak, pasir, tanah dan sebagainya.

Apabila PR mengambil alih Perak, isu pasir misalnya menjadi ‘gendala’
yang tidak terungkaikan. PR di mana-mana negeri tidak lagi meneruskan
tradisi memberi apa sahaja kepada istana. Adakah ini sesuatu yang
direstui oleh para pemuka istana? Anda sendiri mengetahui jawapannya.
Maka sebab itulah, sedikit kesilapan boleh merencatkan perhubungan PR
dengan istana dan ia dijadikan sandaran menepikan PR walau terpaksa
dianggap ‘bodoh’ dan ‘zalim’ oleh rakyat jelata.

Kedua: Nyahkan saki-baki tinggalan Umno dan BN dalam kerajaan dan
organisasi negeri PR. Kita tidak boleh menjadikan mereka rakan apatah
lagi sahabat. Jelas, betapa angkuhnya SUK Perak Datuk Abdul Rahman
Hashim menghalau MB dan para exco-nya tanpa sedikitpun budi bicara.
Inilah wajah sebenar mereka. Baik di Perak, di Selangor, di Penang, di
Kedah mahu pun di Kelantan. Bezanya, Kelantan sudah lama ditadbir oleh
PAS dan corak pemikiran rakyat Kelantan amat berbeza dan mereka amat
menghormati Tuan Guru Nik Aziz itu sendiri, sehingga adakalanya
dilihat ia melebihi hormat mereka kepada sultan.

Sekiranya pemimpin-pemimpin negeri PR di Selangor, Kedah dan Penang
gagal menghapuskan saki-baki legasi BN @ Umno ini…ya, anda tunggulah
kelak apa yang akan terjadi.

Tidakkah anda terfikir, siapakah yang menjadi dalang membocorkan semua
rahsia atau maklumat penting seperti isu penyelewengan dan rasuah
(jika benar) MB Selangor? Kenapa mudah benar Gerak beroleh
info…kenapa Gerak tidak melaporkan satu helai pun salah laku
pimpinan negeri BN, kenapa hanya PR?

Terus-terang, kerajaan PR kena gantikan saki-baki Umno @ BN ini.
Khususnya Umno. Mereka adalah musuh dalam selimut. Manis di depan
menyumpah di belakang. Lembut bertutur lidahnya bercabang. Maka, apa
gunanya disimpan lagi semua ‘tali-barut’ ini…nyahkan…YDP PBT, SUK,
TIMB. SUK, Bendahari Kerajaan Negeri dlln. Jika tidak, anda
tunggulah…ini bukan bicara kosong!

Ketiga: Kenakan tindakan tegas kepada kakitangan kerajaan negeri yang
semasa zaman BN dahulu telah melakukan kesalahan nyata. Jika ini tidak
dilakukan, maka ia tidak akan menjadi pengajaran kepada lain-lain
saki-baki Umno untuk memberi hormat dan seterusnya menghormati
kerajaan PR.

Lihat sahaja di Selangor, apakah tindakan kepada beberapa YDP PBT yang
dahuluinya amat jelas diketahui ke-Umno-an mereka? Begitu juga di
MAIS, JAIS dan Zakat? Tiada tindakan tegas dan dibiarkan sahaja.
Akibatnya…saki-baki Umno merasa megah kembali dan makin besar
kepala.

Kenapa begitu sukar mengenakan tindakan tatatertib kepada mereka?
Adakah kerana mahu menjaga profesionalisme? Sebenarnya, tiada istilah
profesional kepada puak-puak Umno. Jika sesama mereka sekali pun
mereka sanggup hancurkan, sanggup bercah keting…apa lagi dengan
musuh politik mereka.

Kesimpulannya:

Satu: Semua MB/KM di negeri-negeri berbaki PR harus bangkit daripada
mimpi atau lamunan yang panjang. Anda tidak harus merasa bersalah
memecat SUK anda…carilah apa sahaja alasannya, sebelum mereka
bertindak menghalau anda sebagaimana SUK Perak.

Dua: Jangan anggap anda para MB profesional…kerana lawan anda para
juak-juak Umno itu tidak kenal pun erti profesional. Persetankan
istilah itu dan gantilah mereka dengan muka-muka daripada PR yang
sudah terbukti mereka adalah kawan yang setia setiap masa.

Ketiga: Carilah jalan agar anda para MB dapat menundukkan pihak
istana, sebelum mereka menundukkan anda. Jika anda para MB dan exco
masih berbaik sangka dengan istana…anda akan mengalami apa yang
dialami oleh MB Perak dan exco-exconya. Benar, sultan Perak berpesan
dengan ayat al-Quran agar Nizar bersabar…rupa-rupanya, bersabar
ketika mana Nizar dilucutkan jawatan dan dihalau dari pejabatnya
http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=229

No comments:

Post a Comment

Followers

K KLIK OK