KLIK BAH PLZ

Monday 10 June 2013

PADANG MERBOK DI TOLAK OLEH DBKL..ADA SOLUSINYA..BACALAH

DBKL Tolak Permohonan PKR Adakan Perhimpunan Di Padang Merbok - Datuk Bandar



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Isnin menolak permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata alasan konkrit penolakan permohonan itu adalah Padang Merbok terletak begitu dekat pusat bandar dan terdedah kepada masalah kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat jalan-jalan utama untuk pengguna keluar masuk ke pusat bandar raya.

"Jalan-jalan itu adalah seperti Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Parlimen sendiri adalah jalan protokol dan popular untuk aktiviti berbasikal dan program riadah lain.

"DBKL menitikberatkan soal pengawasan dan pengawalan lalu lintas yang sempurna dan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok pastinya menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya Isnin dan menambah, surat penolakan itu akan dikeluarkan secepat mungkin.

Katanya satu lagi sebab penolakan itu ialah DBKL perlu memastikan kesempurnaan landskap di Padang Merbok dan sekitarnya terus kekal di tahap tertinggi.

Selain itu, Ahmad Phesal menegaskan DBKL telah menerima tempahan awal daripada Majlis Olimpik Malaysia pada 18 Dis lepas untuk mengadakan Larian Olimpik 2013 pada 23 Jun dan penganjur perlu membuat kerja-kerja logistik dan persediaan awal sehari sebelum majlis itu.

Beliau berkata pihaknya mencadangkan agar penganjur mengadakan perhimpunan pada 22 Jun ini di tempat tertutup seperti di Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa.

"Kita akan panggil mereka pada 14 Jun ini untuk berbincang dan bersemuka. Kita akan berikan pandangan dan alasan, yang mana mesyuarat itu juga turut dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia.

"Kita akan cuba bantu mereka mendapat tempat yang sesuai," katanya.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Followers

K KLIK OK