KLIK BAH PLZ

Sunday 10 January 2010

BAKAR GERAJA: UMNO BN Wujudkan Ketegangan?

Labels: SATIRA POLITIK
KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang melakukan demo dan mengecam Khalid Samad dan mengatakan Khalid sebagai 'Peliwat Agama' dianggap sengaja mewujudkan ketegangan dan bertujuan menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).
"BN sengaja nak mewujudkan keadaan tegang dan memainkan politik kotor serta murahan. Kita seharusnya menolak politik sebegini. Ketegasan saya satu. Kita perlu rujuk dalam Al-Quran dan hadis mengenai isu ini. Kalau Al-Quran dah kata boleh siapa kita untuk membantahnya," jelas Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad kepada Era Pakatan.
Khalid juga yakin serangan ke atas tiga gereja awal pagi tadi juga mempunyai hubungkait rapat dalam usaha Umno untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di selangor.
Perkara ini juga dilihat lebih kurang sama dengan tindakan 'kepala lembu' yang terjadi di selangor baru-baru ini. Tindakan ini dilihat seperti ingin mengapi-apikan kaum di negara ini
"Kita berharap rakyat bertenang dan jangan tertipu dengan polimik Umno untuk menjatuhkan PR," Tegas Khalid.
Terdahulu, sekumpulan individu mengadakan demontrasi dan mengecam tindakan Khalid Samad yang bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Khalid Samad menegaskan yang Al-Quran dan Hadis membenarkan penggunaan nama Allah untuk bukan Islam.

KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang melakukan demonstrasi mengecam Khalid Samad dan mencemuh beliau sebagai 'Peliwat Agama' dianggap sengaja mewujudkan ketegangan dan bertujuan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kejadian terbaru tengah hari tadi di Shah Alam, beberapa pihak telah mengadakan demonstrasi dengan mengangkat kain rentang berbunyi 'Khalid Samad Peliwat Agama'.

"Saya fikir, BN sengaja nak wujudkan ketegangan dengan memainkan politik kotor serta murahan. Kita seharusnya menolak politik sebegini. Ketegasan saya satu, iaitu kita perlu rujuk al-Quran dan hadis mengenai isu ini. Kalau al-Quran dah kata boleh, siapa kita untuk membantahnya?" jelas Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad kepada Era Pakatan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, beliau menjangkakan bahawa serangan ke atas tiga gereja awal pagi tadi juga mempunyai hubungkait rapat dengan usaha Umno untuk menjatuhkan PR di Selangor.

Hal ini juga, menurut beliau dilihat lebih kurang sama dengan tindakan sesetengah pihak yang mengheret 'kepala lembu' di Selangor baru-baru ini.

Tindakan ini, tambah Khalid, telah menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu yang ingin mengapi-apikan isu perkauman di negara ini.

"Kita harap rakyat dapat bertenang dan jangan tertipu dengan polemik Umno untuk menjatuhkan PR," tegas Khalid.

Sebelum ini, sekumpulan individu mengadakan demontrasi dan mengecam tindakan Khalid Samad yang bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah dalam akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berkala berkenaan.

Khalid Samad menegaskan bahawa al-Quran dan hadis telah membenarkan penggunaan nama Allah untuk bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Followers

K KLIK OK