KLIK BAH PLZ

Sunday 19 April 2009

KES ALTANTUYA : Nama Razak, Najib dan Rosmah Tidak Boleh Disebut


Empat stesyen television telah diarahkan untuk tidak menyebut nama penganalisis politik Abdul Razak Baginda sewaktu melaporkan kes bunuh Altantuya Shaarriibuu, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

Pengurusan tertinggi Media Prima Berhad - pemilik keempat-empat stesyen TV berkenaan - telah mengeluarkan arahan bersabit dengan hal berkenaan.

Gergasi media itu, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan parti kerajaan Umno, menguasai empat stesyen TV swasta - TV3, ntv7, 8TV dan tv9.

Arahan berkenaan terkandung di dalam email yang dihantar bagi pihak pihak pengarah bahagian berita dan hal-ehwal semasa, bagi rangkaian TV, Kamarulzaman Zainal.

Kamarulzaman adalah setiausaha akhbar Abdullah Ahamd Badawi semasa mantan perdana menteri itu adalah timbalan PM. Beliau dilantik untuk menajui Media Prima sebaik saja Abdullah menjadi PM pada 2003.

Email berkenaan telah menyenaraikan empat perkara ‘tidak boleh’ yang melibatkan laporan berita berkaitan kes berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya, seorang pembantu dan peterjemah kepada Razak Baginda.

Stesyen-stesyen TV telah diarahkan untuk tidak menyebut nama Razak Baginda dan mengabaikan semua berita latar yang mengaitkan namanya.

Para editor sebaliknya diberitahu untuk memfokuskan laporan mereka terhadap dua orang tertuduh yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati minggu lepas.

Razak Baginda, seorang penasihat keselamatan Najib Abdul Razak yang ketika itu Menteir Pertahanan dan Timbalan PM, telah dituduh bersubahat dengan jenayah bunuh berkenaan tetapi telah dibebaskan.

Keputusan mahkamah yang kontroversi itu telah menimbulkan beberapa spekulasi hangat yang menyatakan terdapatnya campurtangan dari pihak tertentu yang mempunyai kuasa di dalam negara untuk membebaskan Razak.

Bukan sahaja nama Razak dilarang disebut, semua visual rakaman yang menunjukkan wajahnya sebelum dan selepas perbicaraan juga dilarang, mengikut email tersebut.

Selain itu stesyen TV dilarang untuk melaporkan yang Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, ada kaitan dengan kes berkenaan.

Juga, kenyataan-kenyataan dari mereka yang menuduh Najib dan Rosmah terlibat di dalam kes tersebut juga dilarang.

Tidak jelas samada arahan Media Prima itu datang dari pegawai atasan kerajaan untuk ‘membersihkan’ ketiga-tiga personaliti utama itu dengan kes Altantuya.

Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia yng melibatkan Perdana Menteri Najib Razak. Sehingga kini, Najib berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar sebuah syarikat yang dimiliki oleh Razak Baginda

Dia menegaskan bahawa bayaran itu bukan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.”

http://greenboc.blogspot.com/2009/04/kes-altantuya-nama-razak-najib-dan.html

1 comment:

  1. KENYATAAN RASMI PEJABAT PM (April 18):

    "1. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat YAB Perdana Menteri tidak ada mengeluarkan arahan supaya nama Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri dan Razak Baginda tidak disebut dalam laporan stesen Media Prima pada hari keputusan kes Altantuya diumumkan sebagaiman dilaporkan oleh Malaysiakini.

    2. Namun sebelum ini Pejabat PM pernah menerangkan kepada media adalah tidak adil mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes tersebut kerana tiada bukti yang membabitkan mereka. Sebaliknya ada pihak tertentu berbuat demikian bagi mencapai tujuan politik, bukan untuk keadilan.


    3. adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat dan mengesahkan kesahihan emel tersebut kerana portal yang sama pernah tersilap membuat laporan palsu apabila menyiarkan manifesto yang kononnya diedarkan oleh Datuk Seri Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, sedangkan terbukti kemudiannya ia adalah rekaan kumpulan tertentu untuk menjejaskan nama baik Datuk Seri Najib.

    4. Benar Malaysiakini telah meminta maaf di atas kecuaian mereka, namun kesilapan yang sama tidak sewajarnya diulang.

    Sekian, harap maklum.

    Pejabat Media Perdana Menteri."

    http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7822

    ReplyDelete

Followers

K KLIK OK