KLIK BAH PLZ

Thursday 12 February 2009

insurgensi dan perjuangan - malaysiakini

Analisis Isu

"

Insurgensi di Algeria

Jika di sebut sahaja Insurgensi maka kita pasti akan terbayang komunis dan wajah bengis menyiksa rakyat tempatan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya insurgensi tidak semestinya datang daripada pertubuhan komunis.

Ia juga boleh jadi daripada golongan liberal dan sesiapa sahaja. Malah Amerika Syarikat sendiri pernah mengambil Peranan sebagai Insurgensi semasa Perang Di Vietnam pada satu ketika dahulu.



Idea penentangan secara insurgensi ini sebenarnya di asaskan oleh Mao TSe Tung yang Berjaya mencipta kaedah hebat di dalam melakukan penaklukan terhadap pemerintah. Antara teknik yang terkenal di gunakan adalah tembak dan lari, serangan keganasan dan perang saraf. Peperangan secara insurgensi bukanlah sesuatu yang mudah untuk di tangani kerana ia melibatkan segenap aspek kerana pasukan Insurgensi juga bermain dengan kuasa politik dan berusaha untuk memujuk rakyat untuk menyokong mereka.


Langkah pertama di dalam melancarkan gerakan Insurgensi terhapa pemerintah adalah dengan melakukan penstrukturan organisasi yang teratur dan efisyen. Setiap cabang daripada organisasi hendaklah memainkan peranan yang spesifik di dalam menjayakan gerakan Insurgensi ini. Gerakan haruslah di lakukan di dalam keadaan senyap dan tersembunyi untuk mengelakkan daripada di cantas oleh pihak berkuasa daripada peringkat awal.

Suatu gerakan Insurgensi itu haruslah melawan secara gerilla terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama harus berusaha untuk menubuhkan pasukan konvensional untuk bersedia bagi menghadapi peperangan secara terbuka dengan pemerintah.

Cabang yang lain pula di dalam gerakan ini haruslah memainkan peranan dengan mempengaruhi rakyat di dalam melakukan perjuangan dan menakutkan-nakutkan sesiapa sahaja yang cuba untuk berpihak kepada pasukan kerajaan (counter insurgent).

Langkah berperingkat-peringkat ini akhirnya akan membawa kepada perang secara konvensional ( Final Front) iaitu berdepan sendiri dengan kerajaan yang memerintah. Disinilah letaknya menang kalah sesebuah pasukan insurgensi yang di tubuhkan itu samaada berakhirnya gerakan mereka atau tertubuhnya kerajaan baru.

Apa yang ingin saya tekankan ialah sebenarnya menurut undang-undang dunia sebenarnya tidak salah melakukan gerakan insurgensi terhadap kerajaan dan mereka yang terlibat tidak akan dihukum oleh sesiapa dengan satu Syarat. Iaitu, pasukan yang melakukan insurgensi haruslah Menang di dalam perjuangan tersebut dan menjadi sebuah kerajaan yang berlegitimasi maka tiada siapa lagi yang dapat menghukum pemimpin kerajaan yang dulunya sebagai pemberontak.

Sedar atau tidak sebenarnya Politik Negara kita hampir menyamai cerita peperangan antara Insurgensi dan Counter Insurgensi. Cuma bezanya adegan tembak menembak adalah kurang berbanding insurgensi masyarakat Algeria menentang Penjajahan Perancis. Namun method dan jalan cerita seolah-olah di pelajari dari situ.

Jika kita perhatikan cara Kerajaan BN hari ini melawan kemaraan PR mempunyai persamaan dengan rancangan Sir Harold Briggs suatu masa dahulu semasa Negara di ambang ancaman komunis. Biarpun secara teknikal nya berbeza namun secara hakikatnya idea dan mekanisme mempunyai persamaan yang jelas.

Kerajaan hari ini berusaha sedaya upaya untuk menawan hati rakyat dengan menyebarkan propaganda tertentu yang kadangkala kebenaranyan di ragui. Kemudian bersusaha sedaya upaya juga untuk menyekat propaganda pihak pembangkang di dalam menyampaikan idelisme mereka. Langkah sebegini juga pernah dilakukan dahulu di mana, poster-poster daripada kerajaan British yang memerintah pada ketika itu di baling daripada kapal terbang dan mengajak puak insurgensi supaya menyerah diri. Rancangan Briggs juga dilaksanakan dengan mengepung kampung-kampung dan mengawal keluar masuk supaya idealism komunisme itu tidak di sekat sepertimana kebebasan media hari ini di sekat.

British juga pada masa itu menawarkan wang kepada anggota insurgensi yang menyerah diri dan berjanji akan membicarakan mereka dengan adil sekiranya menyerah diri.Samalah juga dengan pergerakan politik sekarang yang menawarkan wang ringgit kepada ahli politk tertentu supaya menyerahkan kerusinya agar usaha insurgensi politik PR ini gagal.

Malah ada antara teknik yang digunakan semasa zaman darurat dahulu masih lagi digunapakai sehingga kini ! Sebagai contoh ISA (Internal Security Act). ISA digunakan untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara selama 2 tahun bagi memudahkan kerja meredakan insurgensi pada masa itu. Ini adalah kerana pasukan Insurgensi tidak menggunakan baju uniform dan mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja.Oleh itu polis dibenarkan menahan sesiapa sahaja bagi menyiasat samaada mereka ini mempunyai hubungan dengan gerakan bawah tanah atau tidak.

Jadi adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya ada dikalangan ahli politik pembangkang di tahan kerana dari segi penggunaan strategi Counter Insurgensi ,itu adalah sesuatu yang di bolehkan.

Strategic Pencil

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Followers

K KLIK OK